Friday, March 2, 2018

Kedah Best Street Food 2018

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada blogger sekalian 😊

Allah.. Lama betul rasanya tak update blog. Last update blog bulan 12 tahun lepas kot, sebab Fatin ingat Fatin ada buat throwback untuk tahun 2017. Maafkan saya kerana mengabaikan blog ini πŸ˜”

Nak konsisten update blog setiap minggu tu macam mustahil je sebab tak ada perkara menarik pun yang ingin diceritakan. Nanti blogger lain bosan pulak baca entri Fatin. Hehe 😬 Munculnya Fatin untuk kali ini bermakna adalah tu perkara yang Fatin nak ceritakan kat uolls semua 😚

Petang kemarin (1 Mac 2018), Fatin dan adik-adik pergi ke Kedah Best Street Food 2018. Untuk pengetahuan semua, negeri Kedah ni antara negeri yang orang kata syurga makanan jugak lah, sebab banyak makanan sedap-sedap yang dijual dengan harga yang murah dan agak berpatutan jugak lah πŸ˜‹

Jangan salah faham pulak tau. Fatin tak downgrade negeri lain okay. Setiap negeri ada keunikannya yang tersendiri, and I do respect that. Macam Fatin ni, anak kelahiran Perlis, tapi membesar di Kedah, tekak ni memang dah terbiasa makan makanan di Kedah. Bila pergi merantau ke negeri orang, rasa makanan baru, rasa lain sikit lah. Hehehe tapi seronok tau cuba makanan dari negeri lain. Ada keunikannya yang tersendiri😊

Eh macam panjang sangat pulak intro untuk entri ni. Jom lah layan gambar yang sempat Fatin ambil sepanjang kami ke Kedah Best Street Food 2018 tu yang bertempat di Stadium Darul Aman, Kedah























Fatin makan Takoyaki Ayam & Cheese, Cendol Aneka Buah, Otak-otak dan Sata. Errr, tak banyak sangat kan?πŸ˜€ Semua makan serba sedikitπŸ˜‹ Tapi Fatin tak boleh move on dengan Takoyaki tu. First time makan takoyaki, pastu sedap yang amat pulak. Siap beli bungkus lagi untuk makan kat rumah.

Untuk cendol tu pulak, hajat di hati nak makan cendol durian. Tapi bila tengok harga, terus tak jadi. Durian kan mahal. Huhuhu. Sedap jugak cendol aneka buah tu, cuma cendolnya agak sedikit. Rasanya dah okay. Hopefully next time boleh banyakkan sikit kuantiti cendol tu, sebab dari segi rasa memang dah okay πŸ’•

Kedah Best Street Food tu berlangsung sama tarikh dengan Ekspo Muafakat Kedah. Last day untuk event ni 3 Mac 2018. Untuk Ekspo Muafakat Kedah tu, sebanyak 19 buah booth dibuka bagi mempromosikan jabatan masing-masing. Kebanyakan booth di situ adalah daripada jabatan kerajaan juga. Oh ya, siap ada cabutan bertuah lagi. Perlu dapatkan cop untuk setiap Kluster (booth) bermula dari Kluster 01 hingga Kluster 19. Pelbagai info yang boleh diperolehi daripada booth tersebut. Rugi siapa yang tak pergi tau. Info dapat, makanan sedap pun dapat πŸ˜„

Kawasan Stadium Darul Aman tu memang luas, sangat luas. Letih jugak la kami tawaf keliling stadium tu. Kami ada di situ dari jam 5:30 petang hingga 8:30 malam macam tu. Banyak aktiviti yang diadakan di situ. Tak semua la kami pergi sebab dah letih sangat dah pusing keliling stadium tu. We had so much fun there. Alhamdulillah 😌

Harap akan ada lagi Ekspo dan Karnival seperti ini pada masa akan datang. Sampai sini saja entri Fatin untuk kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang. AssalamualaikumπŸ’šπŸ’›

2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Hai CCL pun ada pergi jugak event ni . Memang rancak ..macam-macam yg ada .memang tak bosanlah pergi event mcm ni . Puas hati

Raydah said...

bestnye. ray ske event mcm ni. tp dah lama x pegi

hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

Theme by Wanaseoby