Friday, March 2, 2018

Kedah Best Street Food 2018

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada blogger sekalian 😊

Allah.. Lama betul rasanya tak update blog. Last update blog bulan 12 tahun lepas kot, sebab Fatin ingat Fatin ada buat throwback untuk tahun 2017. Maafkan saya kerana mengabaikan blog ini πŸ˜”

Nak konsisten update blog setiap minggu tu macam mustahil je sebab tak ada perkara menarik pun yang ingin diceritakan. Nanti blogger lain bosan pulak baca entri Fatin. Hehe 😬 Munculnya Fatin untuk kali ini bermakna adalah tu perkara yang Fatin nak ceritakan kat uolls semua 😚

Petang kemarin (1 Mac 2018), Fatin dan adik-adik pergi ke Kedah Best Street Food 2018. Untuk pengetahuan semua, negeri Kedah ni antara negeri yang orang kata syurga makanan jugak lah, sebab banyak makanan sedap-sedap yang dijual dengan harga yang murah dan agak berpatutan jugak lah πŸ˜‹

Jangan salah faham pulak tau. Fatin tak downgrade negeri lain okay. Setiap negeri ada keunikannya yang tersendiri, and I do respect that. Macam Fatin ni, anak kelahiran Perlis, tapi membesar di Kedah, tekak ni memang dah terbiasa makan makanan di Kedah. Bila pergi merantau ke negeri orang, rasa makanan baru, rasa lain sikit lah. Hehehe tapi seronok tau cuba makanan dari negeri lain. Ada keunikannya yang tersendiri😊

Eh macam panjang sangat pulak intro untuk entri ni. Jom lah layan gambar yang sempat Fatin ambil sepanjang kami ke Kedah Best Street Food 2018 tu yang bertempat di Stadium Darul Aman, Kedah























Fatin makan Takoyaki Ayam & Cheese, Cendol Aneka Buah, Otak-otak dan Sata. Errr, tak banyak sangat kan?πŸ˜€ Semua makan serba sedikitπŸ˜‹ Tapi Fatin tak boleh move on dengan Takoyaki tu. First time makan takoyaki, pastu sedap yang amat pulak. Siap beli bungkus lagi untuk makan kat rumah.

Untuk cendol tu pulak, hajat di hati nak makan cendol durian. Tapi bila tengok harga, terus tak jadi. Durian kan mahal. Huhuhu. Sedap jugak cendol aneka buah tu, cuma cendolnya agak sedikit. Rasanya dah okay. Hopefully next time boleh banyakkan sikit kuantiti cendol tu, sebab dari segi rasa memang dah okay πŸ’•

Kedah Best Street Food tu berlangsung sama tarikh dengan Ekspo Muafakat Kedah. Last day untuk event ni 3 Mac 2018. Untuk Ekspo Muafakat Kedah tu, sebanyak 19 buah booth dibuka bagi mempromosikan jabatan masing-masing. Kebanyakan booth di situ adalah daripada jabatan kerajaan juga. Oh ya, siap ada cabutan bertuah lagi. Perlu dapatkan cop untuk setiap Kluster (booth) bermula dari Kluster 01 hingga Kluster 19. Pelbagai info yang boleh diperolehi daripada booth tersebut. Rugi siapa yang tak pergi tau. Info dapat, makanan sedap pun dapat πŸ˜„

Kawasan Stadium Darul Aman tu memang luas, sangat luas. Letih jugak la kami tawaf keliling stadium tu. Kami ada di situ dari jam 5:30 petang hingga 8:30 malam macam tu. Banyak aktiviti yang diadakan di situ. Tak semua la kami pergi sebab dah letih sangat dah pusing keliling stadium tu. We had so much fun there. Alhamdulillah 😌

Harap akan ada lagi Ekspo dan Karnival seperti ini pada masa akan datang. Sampai sini saja entri Fatin untuk kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang. AssalamualaikumπŸ’šπŸ’›
Read more

Sunday, December 31, 2017

Throwback 2017

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2018 πŸ’›πŸ’š

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Apa azam korang untuk tahun ini? I'm looking forward to hear from you.

Tahun 2017 Fatin dipenuhi dengan pelbagai kegembiraan dan kedukaan. Semuanya macam sama banyak je. Entri kali ini lebih kepada apa yang akan Fatin throwback sepanjang tahun 2017.












 

Gambar ni diambil waktu family trip to Kulim. Hajat hati sebenarnya kami sekeluarga nak pergi makan nasi ayam periuk besar, yang dikatakan sedap. Recommended by my father's friend. So kami pun tak makan la banyak waktu breakfast tu, kononnya nak kosongkan perut untuk makan tengahari nanti la. 

Malangnya rezeki tak menyebelahi kami. Sampai je kami di tempat tu, kedai makan tersebut tutup! Hahaha πŸ˜‚ Kempunan la nak makan nasi ayam periuk besar tu. Melilau jugak la kami sekeluarga cari tempat makan yang lain, dengan perut pun dah menyanyikan pelbagai irama lagu sebab terlampau lapar.  Akhirnya jumpa jugak restoran berdekatan dengan Taman MBI Desaku, Kulim. And yes, gambar di atas diambil masa lawatan kami ke sana. Cantik tempatnya πŸ’•  Kalau waktu malam, ia dihiasi dengan lampu-lampu ala-ala i-City Shah Alam.

Bukan mudah sebenarnya kami sekeluarga nak luangkan masa bersama sebab abah agak sibuk dengan kerja. Kalau nak pergi jalan mana-mana pun, boleh dikatakan most of the time, Fatin yang akan bawak mama dan adik-adik.

 




 
 
Hantu aiskrim betul Fatin ni. Hahaha. 
From right (me) : Coffee, chocolate, and thai tea ice cream





Jumaat lepas, Fatin bawak adik-adik pergi jalan-jalan kat Bandar Alor Setar. Kenapa mereka suka sangat nak pergi situ? Sebab ada shopping mall lah. Tempat makan, dan yang paling penting bagi mereka, arcade game 😌 Biasa la budak-budak kan suka main game arcade ni. Kita sebagai kakak layankan jelah kerenah adik-adik ni. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Those are my happy moments with awesome people πŸ’‹πŸ’• Sad moments? Fatin menganggur agak lama juga. Berhenti kerja pada hujung bulan Mac sebab majikan tak bayar gaji. Dalam bulan Oktober, dapat kerja baru, tapi terpaksa berhenti sebab bekas pekerja tempat tersebut ada masalah (kes polis) melibatkan kerugian yang agak banyak. Untuk clear balik nama company, majikan terpaksa ambil pekerja lama tu, masuk kerja semula. And yeah, mereka takkan mampu nak menggaji pekerja yang ramai. Dan memandangkan Fatin ni pekerja baru je, so they just eliminate new staff, just like that. πŸ˜” 

Sampai sekarang, Fatin masih belum lagi dapat baki gaji yang masih tertunggak tu. Ada orang yang suruh redha dan halalkan je hutang tu. But no! Fatin rasa Fatin dah cukup baik sebab bagi mereka tempoh dari bulan Mac sampai la Disember (8 bulan) untuk langsaikan hutang tu. Seolah-olah macam Fatin pulak yang mengemis minta gaji sendiri 😩 If they can't pay my salary, Fatin consider as jumpa Fatin di akhirat kelak. I'm done with it !

Tapi, ada hikmah di sebalik kesedihan tersebut. Fatin dapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) pada 15 November 2017 haritu. Walaupun dapat panggilan temuduga je, tapi rasa bahagia dan bersyukur kerana dipanggil, sebab dah lama sangat tak dipanggil untuk temuduga. I hope you know how I feel (graduan menganggur yang masih mencari kerja) and how the struggle feels like.

Masih lagi menunggu keputusan temuduga tersebut untuk diumumkan. Doakan Fatin semoga Fatin berjaya 😊 Fatin ada juga memohon untuk jawatan-jawatan lain, dan masih menunggu panggilan untuk temuduga. Dunia makin mencabar, begitu juga dengan peluang pekerjaan. Moga ada rezeki untuk Fatin kali ini.

FAMILY TIME 


 
FAMILY TIME & DINNER TIME !! πŸ’–πŸ’–πŸ’–
 Fatin makan Chicken Grilled, minuman pula Mocha Hazelnut Frappe. Bukan selalu nak dinner luar sama-sama dengan family ni. Eheee

 
Awal bulan Disember 2017 haritu, kulit muka Fatin meragam. Ada jerawat besar bawah permukaan kulit. Ni jenis jerawat yang memang takkan masak tu, ia stay je bawah permukaan kulit kita hingga mengakibatkan kulit kita tu jadi lebam dan bengkak. That is what happened to me. Fatin pergi lah farmasi untuk beli ubat kecutkan jerawat. That pharmacist gave me Benzac AC 5 gel. Main ingredient ubat tu adalah Benzoyl Peroxide. 

I don't know. Maybe I'm allergic to Benzoyl Peroxide? Jadi kesan merah macam iritasi + eczema sebesar saiz bola ping pong kat kawasan pipi kiri Fatin. Memang rasa down la waktu tu. Sebab kulit muka teruk sangat-sangat. Dengan kulit jadi tersangatlah kasar.

Bila makin teruk, baru lah Fatin bergegas ke klinik untuk berjumpa doktor. Doktor tu bagi ubat antibiotik (makan) dan ubat sapu untuk pagi dan malam. Alhamdulillah makin berkurang kesan merah tu, dan jerawat bawah permukaan kulit tu pun keluar dan "masak" like a normal acne.  Macam biasa, Fatin ni kalau kulit muka naik jerawat, memang tak pernah tak tinggalkan parut tau. Bertabah jelah πŸ˜‚πŸ˜‚ Untuk individu berkulit cerah, memang akan nampak obvious sangat jerawat dan parut jerawat ni. 

"The struggle of having a fair skin". Gambar tersebut diambil dalam bulan Disember juga, selepas kulit muka semakin pulih. 

Last but not least, Fatin nak ucapkan terima kasih untuk segala kenangan manis dan pahit yang muncul dalam tahun 2017. Terima kasih pada sesiapa atau individu yang pernah hadir dalam hidup ini. I hope you all can stay forever, and let's make more happy moments together 😊

SELAMAT TAHUN BARU 2018 !
Semoga segala azam yang ditanam akan berjaya dicapai suatu hari nanti. Azam Fatin untuk setiap tahun rasanya sama je kot. Hehehe. Semoga hati lebih tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang bakal mendatang. All the best, and good luck to myself, and to you too πŸ˜‰πŸ˜™



Read more

Saturday, October 21, 2017

Random Update #1

Assalamualaikum and Hi !

I miss this blog so much! And of course, I miss all of you too. I'm so sorry for my long absence , thus neglecting this blog for quite a long time. Well actually I'm not busy, and I'm not being absent as well.

I always log in to my blogger account at least for twice a week, just to read some blog posts. And again, I've got no idea to make at least an update for my blog. Why? Because I don't have any ideas on what to blog about. Such a typical excuse, isn't it? πŸ˜…

You can see from my entry title above. See? Random update. Because I don't know what to put as a title πŸ˜‚

Deepavali Public Holiday 

So last week is Deepavali, and also school holiday. Having a brother and sister which are still in primary school and high school, gives me an intention to bring them out for a "siblings time" I guess. I decided to bring them to go watch movie. We usually will go out to Aman Central (yeah that's the compulsory place to go for us) since there's no other mall nearby which is fun. It have a large cinema, that's why I like 😌

This time, we went to Sungai Petani. There's a new cinema which recently just opened, located in Riverfront City, Sungai Petani. That's the place. Let's do some sightseeing, shall we?

 


There's a giant spider-man statue there. And that's my little sister 😊




 They even have cool wall paintings πŸ’•

I actually wanted them to watch Geostorm movie because that's movie was just so awesome! Since I have a children-below-age-13, so the cinema crew couldn't let us in. And we ended up bought a Tombiruo movie tickets. I'll make a review about Tombiruo later, okay?


A complete siblings photo πŸ˜‚
from left : Faiz (21 y/o), Arissa (11 y/o), Akmal (17 y/o) and me (25 y/o)

Regarding our journey to go there, it was actually our first time to Riverfront City. I even googled map to search this location. Haha. We went out at 11:30 A.M. and reached there around 12:45 P.M. ? This was because...we got lost!!! Or else we should've reached there at around 12:30 P.M.

Bought our ticket. The movie showtime's at 2:45 P.M. Sure we got a lot of time to do before watching the movie. Oh, forgot to mention for you guys. The Riverfront City Mall was just recently opened, so there were many shops that didn't open yet. Damn, I'm starving at that time (it's lunch time anyway).

I drove around the Sungai Petani area to search for a food court, a place for us to have our lunch. We had our lunch at Central Square Sungai Petani. We ate Sizzling Yee Mee. Four of us πŸ˜† After done with our lunch, we head back to MMCineplex Riverfront City to enjoy the movie. 

I guess that's the end of my blog update for now. Till we meet again. Bye everyone! πŸ˜€





Read more
Theme by Wanaseoby